29 February 2012
Kita Tidak Akan Faham Penderitaan Hati Ibu Kita..
21 February 2012
Ikan Bakar Kuala Selangor
16 February 2012
Rindunya Pada Abah..
09 February 2012
Maruah Diri Umpama Jenama
Apa yang ditonjolkan oleh diri kita seperti penampilan dan gaya kominikasi perlu diberikan perhatian khusus agar ia boleh menaikkan jenama diri kita. Jika kita tersedar bahawa ketrampilan atau gaya komunikasi kita tidak berada di par yang diharapkan oleh kita sendiri, maka sebolehnya kita memperbaikinya dengan mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih arif mengenai perkara itu. Berlatih dalam menampilkan ketrampilan yang menarik dari aspek komunikasi dua hala juga penting untuk memastikan kita terbiasa dalam menghadapi senario-senario tertentu yang memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Apabila kita enggan mengambilkira hal-hal penting yang boleh menaikkan jenama diri kita sendiri, maka orang lain akan secara bebas membuat tanggapan terhadap kita. Malahan, orang lain juga akan lebih berani untuk membuat pelbagai spekulasi termasuk fitnah terhadap diri kita. Kadang-kadang, tanggapan orang lain boleh meliar kepada penampilan dan komunikasi kita di dalam laman-laman sosial sehinggakan orang lain boleh membuat andaian sesuka hati terhadap diri kita. Justeru, kita mestilah sentiasa berhati-hati bukan sahaja di depan orang lain secara berdepan di khalayak umum tetapi juga di khalayak laman sosial.
Ingatlah kata-kata bijak pandai yang berbunyi "kita adalah apa yang kita fikirkan.." Maka mulai sekarang, berfikirlah cara-cara terbaik untuk mengekalkan jenama diri kita dan meningkatkan lagi maruah kita sendiri.
08 February 2012
Keberangkatan Pulang Ayahanda Tercinta ke Alam Barzakh
26 January 2012
Umpama Lilin Yang Terpadam
Sang insan yang tertera keajaibannya
Menyala menerangi
Kaget yang lain memikirkan sebab
Akan suatu pengorbanan yang tak terperi
Memaut rasa sakit
Demi orang lain yang meminta tanpa sedar
Akan harapan yang tidak pernah tersisa
Biar punah luluh hingga akhirnya
Senyuman tak luntur merealisasi segalanya
Dan adakah kita pernah sedar akan hakikat itu
Mencari dan mencari sehingga terjumpa
Lalu dinyalakan lilin tanpa belas
Sumbunya menyala menerangi ruang yang diperlukan
Sambil kita tak berfikir apa-apa
Pengorbanan nan panas
Mengalir tetes cairan
Sehingga apinya pun padam
Mengimpikan pengorbanan zaman ini
Umpama satu mimpi yang jarang dilihat
Manusia berlumba-lumba dalam perlumbaan
Yang mereka tidak menyedari
Lantas ia jadi hakikat
Yang harus diterima
Ia akan menyelusuri garis masa
Sehingga ke akhir garisan
Namun puas itu barangkali tidak menerpa
Kita tersekat dalam sistem yang membarah
Luas yang jadi semakin sempit
Damai yang semakin lama terhakis




